Ini adalah berita yang sangat mendukacitakan Umno/BN. Semata-mata kerana kemelut yang melanda PAS Kedah sudah beres dalam suasana ikatan ukwah dan muhibbah.
Ini membuktikan bahawa para pemimpin PAS bijak-bijak belaka. Sekali gus merupakan bukti kemampuan PAS untuk mentadbir Putra Jaya. Allahu akbar!
Mahfuz Omar pun telah lebih bersedia untuk dilantik sebagai PM yang baru bagi memulakan era perubahan menjelang PRU-13 nanti. Ini berita yang sangat menyakitkan puak-puak Umno/BN bila dengar pengumuman Mahfuz menawarkan dirinya . Ini bukan perkara yang mustahil malah boleh berlaku. Lembu pun boleh nginap dalam kondo mewah - siapa kata mustahil?
Mungkin kerana perkara sebeginilah maka Peguam Negara yang bijaksana itu telah hilang akal kerana terlalu memikirkannya.
Tetapi apasal Peguam Negara pulangkan semula kertas siasatan polis tersebut? Apa maknanya ini semua? Polis tidak tahu jalankan siasatan?
Itulah seperti apa yang saya katakan tadi, Peguam Negara telah hilang akal gara-gara lembu Shahrizat boleh melepak dalam kondo mewah! Tidak masuk aqal bukan?
Tetapi kalau Mahfuz jadi PM Malaysia disuatu hari nanti, apa yang peliknya? Kita doa'kanlah sahaja semoga Allah kabulkan.
Kembali kepada topik asal, kita ucapkan tahniah kepada PAS Pusat dan PAS Kedah kerana berjaya selesaikan kemelut yang berlaku. Semoga Kedah menepati namanya sebagi Darul Aman - benar-benar aman. Amin.
Menurut laporan, Ust Azizan dikekalkan sebagai MB Kedah dan kedua Exco berkenaan turut dikekalkan sama. Mereka akur keputusan yang putuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat.
Walau bagaimana pun, dari sumber yang tidak rasmi, Dewan Ulama mahukan Phahrolrazi menjadi PJ PAS di Kedah.Wallahu a’lam.
Adalah baik kalau perkara ini benar-benar berlaku kerana ianya akan dapat mengimbangi kuasa MB sebagaimana 'check and balance’ bagi mengelakan 'absolute power’ seseorang.
Adalah diharapkan langkah tersebut merupakan satu precedence yang akan datang bahawa tidak semestinya seseorang PJ itu mesti dilantik sebagai MB apabila menerajui sesebuah negeri.
Saya masih ingat pesanan Allahyarham Datuk Fadzil Noor dalam satu ceramahnya yang pernah menyifatkan penguasa yang tidak mahu turun-turun walaupun didesak rakyat umpama daun pisang yang sudah kering.
Daun pisang walau pun sudah kering, dia tidak mahu gugur dengan sendiri. "Sangat liat," katanya
"Tidak sebagaimana tabiat pelepah kelapa kering yang akan gugur dengan sendiri," jelasnya.
"Kita kena rentap! Baru dia jatuh!” Kata Allahyarham menamatkan ceramahnya malam itu disambut dengan derai ketawa para penyokong parti yang mendengarnya.
Sungguh lucu ketika itu kerana sindiran tersebut ditujukan kepada Dr Mahathir. Tetapi kini kata-kata tersebut agak pahit untuk ditelan bagi sesetengah pemimpin PAS sekarang.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Al-Baqarah : 286)






No comments:
Post a Comment
Komen dengan berhemah