Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels


Tuesday, 6 March 2012

APMM Diminta Lebih Agresif Bendung Penyeludupan Barangan Kawalan Di Tawau



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan meminta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau supaya bertindak lebih agresif membendung pengaliran keluar barang bersubsidi ke negara jiran.


Beliau yang juga Timbalan Menteri yang bertanggungjawab terhadap APMM berkata agensi itu harus memberi tumpuan lebih agresif terhadap penyeludupan keluar barangan kawalan itu agar penyeludup tidak mengambil peluang melakukan aktiviti mereka demi kepentingan rakyat di negara ini.


"Kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit untuk memberi subsidi kepada rakyat di negara ini yang tidak dinikmati rakyat negara lain," katanya kepada Bernama selepas mengadakan perjumpaan dengan anggota APMM di sini Khamis.

Katanya beberapa barangan utama seperti diesel, petrol Ron95, beras STK, gas memasak dan gula merupakan barangan yang menjadi pilihan para penyeludup untuk diseludup menggunakan pelbagai taktik bagi mengelirukan pihak berkuasa demi mengaut keuntungan besar.

Sehubungan itu katanya, Tawau selain mempunyai pesisir pantai yang panjang, ia juga dianggap unik kerana terletak di kawasan sempadan di mana kadang-kadang timbul situasi 'panas' dan perlu diberi perhatian oleh APMM. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah